RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya sembilan maut dan kira-kira 100 lagi cedera dalam insiden rempuhan di stadium bola sepak di El Salvador, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik akhbar tempatan La Prensa Grafica pada Sabtu.
Menurut laporan mangsa yang maut terdiri tujuh lelaki dan dua wanita.
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran stadium Cuscatlan di San Salvador, dengan sekurang-kurangnya dua cedera parah, menurut polis El Salvador di Twitter.
Susulan itu, perlawanan antara FC Alianza dan CD FAS dibatalkan dan anggota penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa.
Akhbar itu melaporkan bahawa peminat mengadu stadium sudah sesak dan ramai lagi masih menunggu untuk masuk.
"Hanya dua pintu dibuka di stadium dan mereka yang berada di luar stadium tetap mahu menyebabkan berlaku rempuhan...," kata seorang peminat bola sepak.
Rempuhan itu menyebabkan kanak-kanak dan warga emas mengalami sesak nafas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2023
Menurut laporan mangsa yang maut terdiri tujuh lelaki dan dua wanita. - Foto AP
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
12 maut dalam insiden rempuhan di Stadium Madagascar
Seramai 80 lagi cedera dalam insiden rempuhan ketika peminat sukan cuba memasuki stadium untuk menonton perasmian Indian Ocean Island Games.
Sembilan maut, 100 cedera dalam rempuhan di stadium bola sepak San Salvador
Sekurang-kurangnya sembilan maut dan kira-kira 100 lagi cedera dalam insiden rempuhan di stadium bola sepak di El Salvador.